Wednesday, October 28, 2009

ayah long

i was on the phone with my mum just now. aku tergerak hati nak tanye mak pasal ayah long nuar. ayah sedara aku yang sakit. sedih bile ingat pasal die.

last year, mase aku fly 13th Feb 08, die datang airport jumpe aku. beberapa hari selepas tu, die koma secara tiba2. sume orang tak tahu punca atau penyakit sebenar die. lama sangat die koma. tapi dengan kuasa Tuhan, die sedar semula setelah koma hampir setahun. alhamdulillah.

die sedar semula mase tu dah hujung tahun rasenye. tapi, dia still tak boleh bangun, bercakap and makan macam biasa. die terbaring jek. makan pun guna salur. sedih sangat. nenek aku selalu cakap "mak tak lena tidur malam kalau teringat kat ayah long".

yang aku paling ralat, aku tak sempat pon nak lawat die mase aku balik cuti hari tu. aku nie selfish bila aku pikir2 smule. aku balik almost 3 months, tapi tak penah sekali pon aku lawat die.

tapi, aku patah kaki sebab mak ayah aku tak tahu jalan nak pegi umah die. selalunye pergi sekali dengan pak ngah sebab pak ngah tahu jalan. lagipon, jarak adalah salah satu faktor yang menyebabkan aku tak berkesempatan nak pergi melawat dia.

sekarang, dah almost setahun ayah long sedar, tapi dia masih atas katil terbaring. aku rase sedih sangat setiap kali aku teringat kat dia. aku sentiasa mendoakan kesihatan die. balik nanti, aku nak sangat pergi tengok die. insyaAllah.

3 comments:

airah said...

semoga ayah long ya akan sembuh lebih baik dr skrg....berdoa byk2...insyaAllah...

fara said...

InsyaAllah Ayah Long tu akan sembuh cpt...

::narita:: said...

aida - thanx :)

farah - insyaAllah... :)